:: LAWATAN ::

 [LAWATAN PENANDA ARAS MAMPU 2023]

9 NOVEMBER 2023 | SELASA
Jawatankuasa Induk EKSA JKSPk telah mengadakan suatu lawatan penanda aras MAMPU ke Majlis Mandaraya Shah Alam (MBSA). Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkenaan amalan dan pembudayaan eksa ditempat kerja yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.
Delegasi dari Jabatan Kehakiman Syariah Perak telah diketuai oleh Ybrs. Tuan Burhanuddin Ismi Bin Adam, Ketua Jawatankuasa EKSA bersama Jawatankuasa Induk EKSA dan turut melibatkan seramai 50 orang ahli jawatankuasa di setiap zon-zon dibawah Jabatan Kehakiman Syariah Perak.
Terima kasih diucapkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam terutama Jawatankuasa Induk EKSA MBSA di atas taklimat dan mengiringi delegasi pegawai dan kakitangan (Jawatankuasa Induk EKSA JKSPk) melawat zon-zon eksa di bangunan MBSA. Diharapkan kerjasama di antara kedua-dua pihak dapat diteruskan pada masa hadapan bukan sahaja untuk EKSA malah perkara lain.










No comments:

Post a Comment